Wednesday, April 18, 2012

Tips Merawat Demam Panas

Baru-baru ni saya ada pegi kursus di Istana Kehakiman, Putrajaya... Penceramahnya adalah Dr Yusuf bin Rabu.... best sangat ceramah yang dia bagi... tajuk kursus tu Sukses Tanpa Stress, orang2 yang stress je kot leh pegi... hihihi~ x de la, ok la ceramah dia, lawak jek, x de ngntuk2.... dia banyak bagi tips2 untuk hilangkan stress, mengawal penyakit, menghilangkan gemuruh... macam2 la... dia cakap kalu stress sangat busy sangat amik masa 5min je utk rest dengan teknik STOKIN BURUK... pastu kawal penyakit, fobia, rabun, gemuruh n macam2 lagi dia ada ajarkan guna teknik SEFT iaitu Spiritual Emotional Freedom Technique... kawan2 bole la try kalu ada masa, okkkkk... ilang stress tau... dia jugak ada ajarkan cara bernafas dengan betul... ok la sni cuma nak tekankan tips2 yang Dr Yusof bagi bila anak demam panas...

1. Dr Yusof cakap jangan panik
2. alirkan air ke kaki anak selama 20min atau sampai panas turun

* dia cakap JANGAN RENDAM KAKI ANAK itu kerana akan menyebabkan panas yang keluar tidak akan mengalir ke mana2, begitu jugak bila mndikan anak, mndi dgn air biasa, n jangan mndikan anak dlm tub, sbb haba panas yang keluar, akan masuk semula dlm badan...

3. jika x kurang jugak panas dengan teknik di atas, ambil putih telur sahaja, kuning telur x nak ek...
4. kemudian sapukan pada seluruh badan anak, biar sehingga kering
5. dah kering, lapkan dengan kain lembap
6. kemudian sapukan lagi pada anak dan seterusnya sehingga panas turun...

berdoalah semoga keluarga kita dilindungi & diberikan kesihatan yang baik... InsyaAllah...

SEMOGA BERJAYA MEMBANTERAS DEMAM PANAS!!!


* kalau kurang pasti, bolehlah contact Dr Yusof bin Rabu 012-2569759 atau email beliau drhyusof@yahoo.com
* kalu nak cuba teknik SEFT pon boleh jugak contact dia buat appointment... bagus tau...

http://seftmalaysia.blogspot.com/

Monday, March 26, 2012

Ibu Bapa bukan lagi Fugira untuk Anak-anak

IBU mana yang tidak risau apabila anak gadisnya tiba-tiba hilang apatah lagi kes penculikan kerap dilaporkan media kebelakangan ini. Khuatir keselamatan anaknya, si ibu membuat laporan polis namun anak yang disangka hilang rupa-rupanya lari dari rumah dan tinggal di rumah teman lelaki.

Itulah sandiwara seorang gadis di Kuantan, Pahang beberapa hari lalu yang menyebabkan ibunya tidak senang duduk. Walaupun malu, dia tetap bersedia memaafkan anaknya. Sayang kepada anak mengatasi segala-galanya. Ibu itu lega apabila mendapati zuriat yang dikandungnya selama sembilan bulan itu masih selamat sedangkan rasa malu akibat perbuatan tidak matang anak gadisnya itu amat berat dan tidak tertanggung. Penulis berasa syukur dengan kematangan ibu bapa anak gadis ini yang sanggup mengambil tanggungjawab menelan kesilapan si anak dan tidak memperbesar-besarkan kejadian itu. Pada masa sama, penulis amat berharap peristiwa si gadis itu menjadi bahan berita utama di seluruh negara yang menyangka dia diculik oleh orang tidak dikenali sebagai suatu pengajaran pahit yang mematangkan diri.

Apa jua masalah yang dihadapi perlulah diselesaikan dengan cara baik dan bijak. Menyelesaikan masalah dengan mencipta masalah lain hanya akan memburukkan keadaan. Menarik perhatian semua orang, kisah kanak-kanak hilang berlaku berturut-turut sepanjang bulan ini. Paling tragis membabitkan Dirang, kanak-kanak berusia lima tahun di Johor yang diculik sebelum ditemui mati rentung berhampiran kediamannya.

Kejadian malang seperti ini pasti menghantui pemikiran setiap ibu bapa yang pada hakikatnya tidak mampu mengawasi anak-anak mereka pada setiap masa. Di sinilah pentingnya peranan dan fungsi masyarakat sekeliling. Mulai hari ini, setiap orang khasnya ketua keluarga bertanya kepada diri masing-masing, “Adakah aku seorang pelindung yang baik buat ahli keluargaku?” Peranan sebagai pelindung bukanlah bermakna seseorang ibu atau bapa perlu menjaga dan berdamping dengan anak-anak sepanjang masa. Malah amatlah tidak munasabah kerana mereka perlu keluar bekerja dan menguruskan hal-hal lain di luar rumah. Di sinilah kita harus akur dengan fitrah kehidupan iaitu membina hubungan dan kebergantungan sesama manusia iaitu hidup bermasyarakat. Malangnya masyarakat masa kini dibentuk oleh individu yang bersikap menyendiri dan individualistik. Masing-masing berusaha membina tembok kehidupan dan bergerak dengan kenderaan yang makin pantas serta cermin kian gelap. Wajah pula makin serius dan hanya tersenyum dalam majlis rasmi sesama kenalan rapat. Sudahnya, budaya bertanya khabar dalam kalangan jiran hanya berlaku setakat anggukan kepala dan angkat tangan. Anak-anak kita membesar dan terperangkap dalam budaya individualistik ini. Mereka terperap dalam kehidupan yang amat terbatas di rumah sendiri. Ibu dan bapa yang sentiasa sibuk dengan kerjaya semakin hilang masa berkualiti. Jika sewaktu kecil anak-anak sentiasa ditimang dan dikelek, kini anak-anak yang meningkat remaja hanya dibelai dengan pandangan mata. Sedangkan hakikatnya anak-anak ini tetap memiliki jiwa dan emosi yang sentiasa mahu diambil perhatian seperti dulu. Usia yang bertambah tidak selari dengan darjah perhubungan dan pemahaman ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang gagal menangani perubahan sosial anak-anak dengan cara yang matang. Sering berlaku pertembungan antara kehendak anak- anak dengan pemahaman dan kesediaan ibu bapa. Hal sedemikian lebih menyukarkan kepada anak- anak yang berada dalam situasi ibu atau ayah terpaksa terpisah lokasi akibat tuntutan tugas dan kerjaya.

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati antara punca utama terjadinya masalah di kalangan remaja di rumah ialah disebabkan wujud masalah hubungan antara anak dan ayah. Kebanyakan ayah hilang watak dan figuranya di mata anak-anak. Seorang ayah sepatutnya semakin matang, tegas dan penyayang serta memahami kehendak anak-anaknya. Seiring dengan pertambahan usia si anak, seorang ayah perlu meningkatkan penguasaan ilmu, penghayatan agama dan kewibawaan. Sebagai seorang Muslim, seorang ayah perlulah mampu mengimamkan solat dan bijak menegur perlakuan anak dengan penuh kasih sayang tanpa menjatuhkan air muka si anak yang kini meningkat remaja.

Setiap keputusan yang diberikan perlu adil dan ada asas kukuh. Seorang bapa jangan membuat keputusan atas kepercayaan dirinya berkuasa sebagai seorang bapa. Harus diingat anak-anak zaman ini amat peka dengan suasana sekeliling. Mereka tahu kriteria seorang ibu dan bapa yang baik atau buruk kerana maklumat ini terpapar secara meluas dalam setiap drama dan naskhah bacaan. Malah seorang anak sentiasa membuat perbandingan mengenai sikap, pemikiran dan perlakuan ibu bapanya dengan orang lain. Justeru, penting bagi kita untuk menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak.

Sekiranya kita gagal menjadi ibu bapa yang mampu bersifat terbaik, ditakuti anak-anak ini akan beralih kepada watak lain yang bernilai baik buat mereka. Watak asing ini mencelah di sebalik kegagalan watak ibu dan bapa di kalangan anak-anak. Bagi remaja perempuan, memang tidak dapat dielakkan sebahagian besarnya beralih pergantungan jiwa dan rasa kepada teman lelaki masing -masing. Penulis faham tentunya hakikat ini amat pahit untuk ditelan dan amat ngeri untuk dihayati. Namun inilah natijahnya apabila ayah atau ibu hilang ciri-ciri romantis, sabar mendengar dan penuh perhatian. Lebih menakutkan, rasa kosong dan lompang yang wujud dalam setiap hati nurani anak-anak ini secara tidak disedari dapat dihidu kasanova yang kadangkala menyamar sebagai lelaki budiman sewaktu berhubung dengan anak-anak gadis kita di laman sosial seperti facebook atau twitter. Akhirnya jiwa dan raga anak-anak gadis kita terbuai dek fantasi palsu yang diciptakan kasanova dan lelaki jahat yang sentiasa rakus mengintai peluang. Penulis melihat masalah yang berlaku sekarang kerana ramai ibu bapa hilang upaya sebagai seorang pelindung yang baik. Ramai ibu bapa yang melaksanakan tugas menjaga anak-anak hanya kerana mereka ditakdirkan memiliki anak. Malah terdapat ibu bapa yang menganggap anak-anak sebagai beban kepada mereka. Adalah tidak adil bagi kita untuk menjadikan alasan tekanan hidup sebagai punca untuk kita mengabaikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak. Setiap ibu bapa perlu memandang ke hadapan dan merancang dengan rapi kehidupan walaupun hidup diulit kesusahan. Sekiranya rakyat asing mampu bekerja dan menyara anak-anak yang ditinggalkan di negara masing-masing, mengapa pula ada warga negara sendiri yang memberikan alasan tidak mampu mencari nafkah untuk menyara dan menjaga anak- anak dengan baik di negara yang makmur ini? Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat menjadi tugas setiap ibu bapa. Jika persekitaran ini kita tidak mampu sediakan sendiri, inilah masanya kita perlu melangkah keluar dari pintu pagar rumah kita dan mengajak rakan-rakan sejiran membina persekitaran selesa ini bersama-sama. Banyak contoh kejayaan kumpulan atau pertubuhan kejiranan yang boleh dijadikan ikutan. Semuanya bermula dengan sikap dan kehendak diri sendiri. Perlu ada seorang individu atau kumpulan yang berani mengambil tanggungjawab memulakannya di sekitar tempat tinggal masing-masing. Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM.

*dipetik dari Metro 26 April 2012

Tuesday, February 21, 2012

Lamanya x updateee!!!

huhu` sangat2 malas nak update blog la skang nih... ni mood datang balik coz macam2 kejadian berlaku semalam... harap maklum, saya ACCIDENT semalam!!!! meh nak cita...

kuar keja kul 5:50 a.m. bawa keta agak laju la coz jam rumah n jam lam keta di adjust cepat 10minit... tgk cam lmbat kalut jugak la bawak keta... dalam 6:10 a.m. macam tu lalu la satu tempat tu skali... BANGGGG!!! waaa.... aku langgar ANJING!!!! memang kemalangan maut la... huhu` hanjing tu maut weh... & aku pon masih TRAUMA... dari pas xcident saya bawak keta amatlah slow hokeee!!! slow ke kalu dlm 100km/j paling laju la tu.. huhu` sblum ni lagi laju kot.. tu yang hanjing tu smpai maut... abis keta haku!!! jenuh SAMAK! oke, keta saya sangat teruk ye... banyak jugak la kena tukar, BUMPER pecah, tangki air (COOLER) pecah, GAS AIRCOND pon pecah, BESI kat bumper tu bengkok... lagi lagi, semestinya KENA SAMAK! sbb hanjing tu lekat kat enjin! mati ditempat kejadian hoke... my asben sudah wat report polis, n dah antar keta ke PERODUA, kena semestinya kena TOWING ye... terpaksa claim INSURANS coz banyak sangat kena wat...

time xcident tu saya memang x terpikir nak ambik cuti, benti keta kat tepi,
call asben "abang! ayang xcident nih! langgaq anjing, cepat mai antaq keta mama, ayang dah lambat nih!"
asben ckp "x pe bawak slow2.."
saya cakap lik, "x leh slow2 dah, nmpk cam teruk gak, berasap keta..."
asben, "okeh tnggu"
asben smpai terus tukar keta n blah, sblum tu dia ckp meh tengok apa jadi ngn keta, tya dlu, "ada darah x??" dia ckp x de, tgk gitu2 je, x tgk btul2, pastu terus blah gi keja... kat tempat keja plak, on pc member tiba2 MELETUP, siap berasap lagi, berdebar xcident x abih lg, kat opis plak buat hal.. haish... call abis member ckp pc berasap panggil meh tukar.. tgk2 plug extention ja yang rosak...

mama call tya napa x cuti?? dah xcident x cuti plak... apa la... tya balik mama, a'a la... nape ek kak x cuti... x terpikir plak nak cuti... huhu` smpai arini masih TRAUMA, pagi tadi bawak keta 60km/j je kat dlm sp ni.. naik highway baru bawak 100km/j tau! masa bangun tdo cam x nak g keja je... asben ckp ok x pe, rehat la.. tringat plak kunci bilik opis bawak balik, terpaksa la siap g keja... huhuhu`

kejadian tu berlaku camni, masa tengah laju tu, ada keta kiri, saya di sebelah kanan, blakang pon ada keta, anjing tu plak tiba2 je lari lintas jalan, brek pon x tekan cuma lepas minyak je, langgar je anjing tu, sbb kalu elak kena keta belah kiri, belah kanan lak divider, kalu brek lak keta blakang pon ada... kan lagi teruk kena, baik langgar je.. huhu` x leh buat apa la... pas langgar tu slow keta, then benti kat tepi... alhamdulillah saya ok & x de apa2 keta je parah!

p/s : doakan kesembuhan saya ye... sy ok, tp rasa cam jiwa lom ok... kepala pon dok ingat, terngiang ngiang bunyi anjing tu yg dok lam enjin... haishhh... :'(