Thursday, December 22, 2011

Mainan Baru

yeayyy... Danish dapat mainan baru.. sempena gaji Mummy n Mummy pon dapat bonus kan... bukan main seronok Danish... ehehehe~

gelak sakan nooo~

sengih je dia... cium kot.. muahhhxxx~

lapar susu dah ni...

Wednesday, December 21, 2011

Pasta jugak...

haaa... weekend lepas wat pasta gak kat Danish... SUP PASTA.... sedapppp.. Danish siap surrrppppp... sup tu.. huhuhu` Resipinya seperti dibawah :

Sup Pasta
Bawang putih (hiris nipis2)
Bawang merah (hiris nipis2)
Carrot
Ayam
Sedikit minyak (saya guna minyak jagung)
Air
Pasta

Cara Memasak :
Tumis bawang putih & bawang merah bersama minyak, masukkan air, masukkan carrot
Bila air dah mendidih masukkan ayam, masak ayam smpai empuk
Kemudian masukkan pasta... masak hingga betul2 lembut & kembang...
Siap untuk dihidang kepada si comel...

tadaaaaaaa~
-
-
-
-

mmmmmm~ sedapnyaaaa... sedapkan Danish kan...


Tuesday, December 13, 2011

Pasta

minggu lepas watkan Danish pasta... nyum nyum... danish sukaaaaa sangat tomato pasta yang mummy watkan.. kan danish kan... tghari petang makan pasta... pasta yang dibeli kat cosway, PASTA KIDS...

ni dia... mummy beli pasta ni la kat Danish...
ada macam2 bentuk animal...


ni plak pasta yg siap dimasak untuk Danish... sedapkan Danish??? hihihi`

ni Resipinya...

sedikit pasta direbus, masa rebus tu masuk minyak skit.. tak kisah la minyak apa pon... sy masukkan minyak jagung...
blend tomato dijadikan puree
ayam (dihirs kecil-kecil)
carrot (dipotong dadu)
sedikit minyak
parmesan cheese

panas kuali, masuk puree tomato masak sebentar, masukkan minyak
kemudian masukkan carrot, carrot dah sedikit lembut, masukkan ayam
masak sehingga ayam empuk, tutup api, siap dihidang...
masukkan pasta ke dalam mangkuk/pinggan, tuangkan sos tomato yang dimasak tadi...
kemudian taburkan parmesan cheese... tadaaaaaaa... dah siap kan... try la rasa.. sedappp...

Thursday, December 1, 2011

Family Vacation

sebelum bercuti, kita makan kenduri dulu.. bak kata laki ai, makan gulai atau bekwoh... ehehehe~ 26/11/2011 makan kenduri Yanti dulu... kawan seopis denganku... dan jugak haku pegi makan kenduri kawan lamaku merangkap kawan asbenku jugak.. yang tak di sangka-sangka.. mulanya asbenku ajak pegi angkut barang kawan dia, sekali tengok.. haihhh!!! ni kawan ayang ni abang!!! kawan PLKN dlu... ahahaha` nih kenduri dia siap kami ikut belarak skali.. dia hajak.. aku x kisah... petang tu baru kami bertolak ke....destinasi...


wif Yanti...

MatLee & isteri (Amiera)

macam biasa... vacation kami kat KL la jawabnya.. smpai kawan2 opis aku tya, x de tempat lain ke??? ahahaha~ nak buat camna... orang berbisnes... nak restock baju-baju... sambil-sambil tu kita jalan2 la ye... kali ni kami bercuti bersama2 cousin aku, kak ita n family... kami pegi pusing2 KL naik tren je... LRT Star n LRT Putra... pegi Time Square, biasa la bawak budak2 main kat theme park... petang plak kami lepak2 kat KLCC... makan-makan, jamu mata... skodeng... hihihihi~ pegi KL pon tujuannya nak tengok baby baru... baby kepada cousin aku Kak Shafina anak PakLang aku... comel sangat baby boy dia... diberi nama Hud Amanatullah b Mohd Nassir... sedap nama dia kan... kami panggil baby Hud... Danish geram sangat ngan baby Hud, asik nak cekau, nak cubit je keja dia... cian Hud kena buli ngan Danish...

tak leh dok dekat-dekat tau... dok jauh-jauh...

dalam sekelip mata Danish akan cekau n tarik Hud.. haishhh... risau mummy...

baby Hud tak tgk Danish... padan muka... :p

p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka... semoga berkekalan dunia akhirat... & CONGRATULATION buat my cousin Kak Fina... semoga Hud menjadi anak yang soleh & taat kepada ibubapa... Amin...

BIRTHDAY CELEBRATION

tanggal 29 November 2011.... my hubby birthday.. best sangat.. Danish la yg paling seronok... dapat potong kek daddy.. ahahaha` aku bagi hadiah yg x seberapa kat hubby... sejambak bunga.. murah je.. tapi penuh dgn kasih sayang... aku kirimkan bunga tu dr kdai suh apek tu antar ke opis dia... berpakat ngan my cousin, suwuh my cousin tolong tempah... aritu opis hubby tutup lmbat n dia balik lmbt, kat kul 7ptg gak la br tutup opis... malam tu hubby cita, ada apek cari dia, "en Ibrahim ada, en Ibrahim ada???" kwn hubby pon panggil, bgtau ada cina cari dia dok bawak bunga besar2... hubby ai pon terkejut la.. tetiba ada kiriman.. jadi jugak surprise haku... dia cakap masa tu dia tengah hot ngan sorang customer ni... tetiba ja x tau nak rasa camna dpt bunga.. nak senyum ada, terkejut ada.. nak marah pon ada.. tp marah kat customer la.. kalu marah kat ai ni, jangan harap la ai nak wish dah pas ni.. ahahaha~ jahat x?? jahat x?? pas tutup opis tengah tunggu aku ambik dia, dia naik atas pegi butik kami, dia pon cita la ngn cousin n my mom kat situ, tp depa dok sengih2 je la... sebab depa yg tolong pegi tempah.. ahaha` terkena lagi my hubby...  balik keja malam tu kami celebrate plak kat umah... my cousin (kak ita), mum n dad sponser kek SECRET RECIPE, Choc Indulgence & PIZZA HUT n my mum masak nasi... ramai jugak la yg datang, my cousin, kak ita n  family, kwn staff my dad yang selalu datang umah sebab anak dia Diana suka main ngan Danish...

~enjoy this picture~

Chocolate Indulgence, SECRET RECIPE

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

surpriseeeee!!!! terkejut dia... ahahaha`

Danish membulatkan matanya, sbb dia pon terkejut kot...

tak sabar2 dah bdk kecik tu...

abang baca doa makan je.. x sabar nak makan tu..

my hubby baca doa selamat untuk diri sendiri.. ahaha`

nak potong jugakkk...

sedapnya kek daddy...

nyum nyummm...

daddy tak suap mummy pon.. suap danish je...
tgk budak tu.. siap silang kaki lagi... ehehe`


HAPPY BIRTHDAY SAYANG... smoga panjang umur n murah rezeki.... TQ for everything sayang.... Ayang n Danish sayanggg Daddy... muahhhxxxxx~

Friday, November 18, 2011

Candid Time Contest


klik banner untuk join contest


Jom join contest plak... Syarat2 :
::Jadi folower blog muna :: Buat satu entri 'Candid Time Contest' :: Letak banner atas tu :: Sertakan gambar candid :: Tag 2 orang ::

gambar candid :
::my hero wif cousin2... candid time.. :p

saya tag :
::mereka2 ni akan diberitahu melalui comment dekat entri utk yang takde shoutbox...

ok done!

Tuesday, October 25, 2011

Beras Putih vs Beras Perang

Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:

Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.


Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.

Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.

Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah, dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi tubuh daripada pembiakan sel kanser.

Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.

Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan oleh pengamal ayurveda sebagai ’krim‘ yang berkesan untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.

 
Beras Putih


 
Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.

 
Beras Perang

Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:

 
  • Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
  • Mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
  • Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.
Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

TIPS UNTUK MENYIMPAN MAKANAN DENGAN SELAMAT

Pengenalan

Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan yang betul adalah penting kerana:

  • Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan.
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.
  • Untuk kesedapan makanan tersebut.
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut.

 
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput.

 
Fakta penting

 
Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan membazir.

 
Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.

 
Meyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan bagi tempoh masa yang singkat.

 
  • Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan.
  • Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah dengan bau bawang.
  • Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak sepatutnya disimpan langsung).
  • Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas membukanya.

 
Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?

 
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:

 
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Penyimpanan pada suhu bilik

 
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.

 
Bagaimana cara makanan disimpan di dalam peti sejuk?

 
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:

 
Anda perlu:

 
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. ( Ini adalah untuk mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Ini disebabkan oleh kerana bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Ini adalah untuk menggelakkan tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk. (Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang. (Kenapa?Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk. (Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada rosak oleh pembekuan)

 
Anda jangan:

 
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk. (Ini adalah kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. (Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk. (Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. (Ini adalah disebabkan kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.

Apakah yang dikatakan menyimpan beku?

 
Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

 
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku:

 
Anda perlu:

 
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas, beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Ini adalah untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil. (Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku

 
Anda jangan:

 
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku. (Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (Ini adalah kerana peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda. (Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)

 
Bagaimana untuk menyimpan makanan pada suhu bilik?

 
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik:

 
Anda mesti :

 
  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat.(Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
  • Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk.
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah.
  • Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru.
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik.
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin.

Anda jangan :

 

  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun.
  • Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik.

Info dari : http://www.myhealth.gov.my

 

Monday, October 24, 2011

Danish yang banyak karenah

Danish dah mula tunjuk akal panjang dia.. ahaha~ jenuh Mummy nak layan.. n dia memang x reti dok diam... letih dibuatnya... cepat je tangan tu nak capai itu ini... kadang-kadang geram, skali Mummy marah... waaaaaa~ buat nangis.. berlakon banyak ye sekarang... kalu dia nangis jangan la pecaya... itu lakonan semata-mata.. ahahaha~ oh ya, cuti weekend baru ni Mummy ada buat bubur nasi kat Danish...  sedap... Danish makan smpai kenyang.. ahaha` anak Mummy ni memang berselera bab-bab makan ni.. mcm Mummy dia jugak.... x de makan memilih ok... apa yg disuap nganga je.. ahaha~

ni dia bubur nasi + kurma + ayam + corn oil
sedap kan Danish...

aritu kan Mummy ada pos pasal barang baru yang Mummy beli kat Danish kan... ahaaa.... dah guna dah pon... nmpk cam Danish suka gak... tp kan.... kasut tu.. cam muat-muat je.. n tinggi skit.. cam x best tgk Danish pkai.. x pe la.. nati Mummy beli yang baru k... marah Daddy kat Mummy.. ahaha~ suka membazir kan.... buat x tau je la kat Daddy tu... kena marah Mummy wat jugak.. semuanya untuk Danish...

ni Danish tengah main ball yang Mummy belikan.. bestkan...
he's listen n play... listen bout' wat?? listen loceng dlm ball tu... ahaha~

ni plak food feeder, Mummy letak apple hijau dalam tu..
sedap tu budak ni makan... gigit2 pastu isap....
shroot... shrootttt.. ahaha... bukak selera Mummy plak..
Mummy ni x berapa suka apple, skali tengok Danish makan..
cam sedap plak.. rupanya apple ni manis..
patut la bukan main lagi isap.. ahaha`

ok ni habit si kecik ni.. orang x da keja... al-maklum la.. ahaha` bukan main lagi acu letak lam bakul.. angguk-angguk, geleng-geleng... ahahaha... angguk je boleh, geleng x bleh... budak kecik ni mmg x leh dok diam.. kalu diam sebentar tu maknanya dia tdo la tu..

hairan... kan i ckp dia suka berlakon.. ahaha~

haaa... tengok ni.. ni la cara Danish senyum bila snap pic..
nmpak x gigi tu.. banyak kan.. gigi tu la dok gigit org bila time dah ngantuk sangat...

ok la.. takat ni ja la cita Danish.. lain kali kita sambung plak ye...

Friday, October 21, 2011

New~

Mummy Danish dapat gaji kan... ehehehe~

Food Feeder untuk Danish...
dpt la Danish blajar makan sendiri kan sayang...

ni cleanser untuk botol Danish n suma kegunaan & jugak toys Danish...

haaaa.... macam ni la ball yg Mummy beli kat Danish untuk bulan ni...

ni plak kasut untuk Danish...
Mummy beli je mana tau Danish dapat semangat untuk berjalan...
siap ada bunyi2 lagi tau... bestnyaaa....

Wednesday, October 19, 2011

Keburukan Soya


-image by google-

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.

Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.

Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Petikan dari: http://www.isuhangat.net/2011/10/keburukan-kacang-soya/

Tuesday, October 18, 2011

MADU ~hati2 ye baby~

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan

Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

INFO untuk semua

ohohoho~ memerlukan banyak info??? resipi pon ada.. saya suka baca buku tu... untuk ibu-ibu yang 1st time leh la baca... n ibu-ibu yang dah ramai anak pon leh baca untuk penambahan ilmu...
just klik link ni ja... Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan

*nati kalu ada info lagi saya post kat blog saya lagi ye... selamat mencuba...

Monday, October 17, 2011

Petua Orang Dulu-dulu

aritu masa Danish 5m, Danish ada kena Selsema, Batuk dan Kahak.. teruk gak la... dalam 2 minggu makan ubat pakar bg x jalan jugak.. last2 mama suh try petua orang dulu2... mama suh 'Bakar bawang putih, then letak Minyak skit, pastu sapu kat Dada, Blakang, Leher n Ubun2 baby', alhamdulillah 2,3hari pastu terus ilang selsema, batuk n kahak tu...

bawang putih ni dibakar sehingga kehitaman

letak skit minyak masak, gaul ngn bawang putih tadi

* pastu sapu la kat dada, blakang, leher n ubun2 baby.. insyaAllah berkesan.. :)

selera Danish

berselera sungguh Danish makan semalam.. sedap ye Mummy masak... nyam nyam nyammm... 2 kali tambah.. tapi Mummy tambah skit2 je... ehehe` semalam je sempat masak.. coz baru balik dari KL... masak makan kat Danish bubur nasi + pumpkin + ayam + butter... mmmm.. bau pon sedap.. sampai Mummy pon terliur.. sedapnya Danish makan..


Friday, October 14, 2011

Kegunaan Danish...

Minyak Angin cap Borr'ak.. panggilan minyak borak di kalangan keluargaku... minyak ni memang bagus.. Danish guna minyak ni dari lahir smpai sekarang... Mama cakap aku ngan adik-adik pon guna minyak ni dari lahir lagi.. smpai la sekarang kami sekeluarga guna minyak ni... memang bagus minyak ni... perut masuk angin cepat je sendawa ataupun 'kentuttt'... ehehe~ alhamdulillah... amat berguna minyak ni.. penyelamat keluargaku..

* kalu ada sapa2 berminat cuba la.. insyaAllah berkesan..
don't worry x da kesan sampingan.. 

ni plak Drapolene Cream yang aku dan adik-adik aku guna masa baby... termasuk la si kecil comelku itu... Ammar Danish... sangat2 berkesan buat kulit kami smua... alhamdulillah dengan izin Allah si kecil comelku itu x de malasah kulit n angin.. ('_')

* baby yang ada masalah kulit bolehla try cream ni...
nmpk ja kulit baby merah terus sapu..
x pyh tnggu dah teruk sangat baru nak sapu mmg payah la ilang...

ini plak mandian yang digunakan oleh Muhammad Ammar Danish... ANAKKU.. alhamdulillah memang ok bebenor.. Danish pon suka.. ehehe~

* i like bau nya...

ni Susu Formula yang Danish minum dari lahir sampai la sekarang dah 9m.. alhamdulillah susu ni sesuai ngan dia.. memang x penah alami masalah2 yang bukan2.. x penah muntah, kulit pon licin elok... susu ni pon murah.. x pe la murah pon kan Danish, asalkan sesuai.. mahal kalu x sesuai nak buat pe kan... Danish pon faham daddy n mummy dia ni kewangan lum stabil lagi kan.. sayangggg Danish... muahxxx~

* Danish sukaaa.... yang lain sapa2 nak try boleh la... (save budget..ehehe~)

Thursday, October 13, 2011

Dah besar dah anak Mummy...

emmm... pejam celik pejam celik.. Danish dah pon 9 bulan.. sekejap je.. rasa cam dalam perut lagi... ehehe` Danish dah mula nak berjalan dah... dia dah meniti dah... pegang meja, sofa.. kerusi... paling comel, pegang walker dia, then tolak walker tu.. ehehe` comelnyaa... sapa cakap kalu baby naik walker mesti lari 1 step.. x merangkak la apa la.. terbukti, my baby Danish bole merangkak... seronok tengok.. terketar-ketar.. kalu benda yang nak amik tu jauh, lmbat la merangkak, debukkk~ baik mengesot.. cepat ikit.. ehehe~

semakin besar semakin comel budak nih~

wif Mummy....

eeeeee~ geram Mummy...
Danish ni kalu gelak dia nganga camni la..suara x da kuar pon...

kalu keja2 jahat camni.. Acu dia la punya keja.. ahahaha~
* tetap comel

di pagi hari... Danish terpaksa bangun awal sbb kena teman Mummy joging..

letih tgk Mummy joging kot... ehehe~

Wednesday, October 12, 2011

DOA MUDAH BERSALIN

Untuk ibu2 yang bakal bersalin & tengah berdebar-debar untuk bersalin.. ehehe`


1. Bismillah 3x

2. selawat 3x

3. hanna waladad maryama wamaryamu waladad i'sa uhkruj ayyuhal mauluud biqudratil malikil ma' bud
maksudnya :

Hana melahirkan Mariam, sedangkan Mariam melahirkan Isa, Lahirlah engkau wahai anakku dengan berkat kekuasaan Allah iaitu segala raja yang wajib di sembah.

boleh jugak baca ni..


“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."

*masa kat Labour Room tu.. baca la ayat2 Kursi... banyak2kan berzikir... InsyaAllah dipermudahkan segala urusan..


Doa sesudah bersalin :

1. Bismillah 3x

2. Selawat 3x

3. A u' zu biizzatillah korrotihi minsyarrima ajidu wa u ha zir

maksudnya :

Aku berlindung dengan kekuasaanmu ya Allah dari segala penyakit yang ditemui dan ditakuti

Tuesday, September 20, 2011

Keperluan Bayi Sebelum Keluar Rumah

 

Pertama kali keluar atau balik kampung dengan si kecil, pastinya barang keperluan bayi perlu dibawa banyak. Walaupun penuh kereta namum masih bimbang jika ada barang bayi yang tertinggal sehingga boleh mengganggu perjalanan anda. Berikut senarai keperluan boleh dijadikan panduan kepada anda untuk menyiapkan keperluan si kecil yang disesuaikan dengan keperluan dan tujuan balik kampung atau bercuti.

Peralatan Mandi
  • Mandian dan syampu bayi (gunakan pek mudah bawa yang mengandungi syampu, mandian, losyen dan bedak) terdapat pelbagai jenis di pasaran.
  • Tuala mandi
  • Minyak telon atau kayu putih
  • Bedak (jika perlu)
  • Minyak bayi
Keperluan Khusus
  • Pasport dan tiket (jika bercuti ke luar negara)
  • Salinan kad imunisasi (jika keluar negara, pastikan imunisasi yang diperlukan telah diambil sebelum masuk ke negara anda lawati)
  • Termometer digital (ia lebih mudah digunakan semasa dalam perjalanan)
  • Ubat untuk bantuan pertolongan kecemasan segera seperti parasetamol (ubat menurunkan panas badan), ubat batuk, selesema (titisan hidung), ubat cirit birit dan krim ruam lampin.
Keperluan Umum
  • Tempat duduk anak dalam kereta (sesuaikan dengan berat badan dan usia bayi)
  • Kereta sorong bayi
  • Tisu basah
  • Selimut
  • Botol susu, puting kosong dan termos air panas
  • Baju sejuk, sarung tangan dan topi bayi
  • Lampin pakai buang (untuk kegunaan hari-hari pertama sebelum sempat membeli yang lain di tempat bercuti)
  • Mainan kesukaan bayi (yang ringan dan kecil)
  • Beg plastik untuk mengisi kekotoran
  • Beg keperluan bayi
  • Topi dan payung
Makanan Dan Minuman
  • Makanan dan minuman sepanjang perjalanan (letakkan dalam beg berasingan yang mudah dibawa)
  • Alat makanan seperti senduk, susu, garfu, piring dan gelas
  • Makanan (bubur dan biskut), minuman (susu dan jus buah-buahan dalam kotak untuk keperluan beberapa hari pertama sebelum ada kesempatan membeli yang lain).

hadiah RAYAku...


hadiah hari RAYA ku... Tima Kasih Sayang... Suami ku bg kad n buku ni... aku ni dah la malas nak membaca... asal pegang buku je mata pon ngada2 la ngntuk ya amat.. tapi x pe... sayang punya pasal.. ayang akan baca sampai khatam... tima kasih sayang.. ayang sgt hargai pemberian sayang... maaf la ayang x de apa nak bagi kat sayang... tapi tunggu ya.. nati ada rezeki lebih ayang akan bagi sesuatu yang istimewa buat abang tersayang... tanx sayang... muahhhxXxxx~ ayang sayang abang sangat2... sayang abang n danish... muahhhhxxxXXxxxx~

with LoVe,
-ayang abang-